5 Soalan Sebelum Anda Berdiet

Sumber image: www.bellytrance.com
Apa yang anda fikirkan ketika mendengar kata diet? Seharusnya, diet merupakan tatacara pola makan untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang lebih baik. Kendati demikian, masih banyak orang berfikir diet merupakan program pengurangan berat badan. Dewasa ini sangat banyak jenis diet yang popular dalam kalangan masyarakat. Sebahagian dapat menurunkan berat badan dengan cepat, tetapi tak kurang pula berat badan kembali naik, bahkan lebih dari berat yang dikurangkan.

Diet yang paling baik adalah yang menyihatkan dan penurunan berat badan bukan tujuan utama. Maka, sebelum memulakan diet, sebaiknya anda harus mengetahui jawaban dari lima soalan ini.

  1. Apakah diet ini sesuai untuk semua jenis badan?

    Banyak program penurunan berat badan yang direka untuk orang dengan ukuran tubuh yang biasa-biasa dan tahap aktiviti sederhana. Namun, bagaimana dengan anda yang mempunyai saiz badan yang lebih tinggi atau lebih pendek? Dengan aktiviti yang lebih atau kurang aktif?

  2. Apakah alasannya masuk akal?

    Anda perlu tahu alasan sebuah program diet boleh menurunkan berat badan. Jangan hanya melakukan diet tanpa tahu ilmu pengetahuan di balik itu. Apabila anda hanya mengurangkan kalori, mungkin itu bukan cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan kerana tidak menjaga massa otot, mengoptimalisasi tenaga, dan menyokong sistem imun, serta kesihatan tubuh secara keseluruhan.

  3. Apakah selamat dan sihat?

    Banyak cara untuk menurunkan berat badan, tetapi sering kali memberi kesan tidak baik pada kesihatan. Seperti diet ekstrem yang langsung menurunkan secara drastik pengambilan kalori. Ya, massa lemak tubuh mungkin akan cepat turun dengan cepat, tetapi kehilangan massa otot dan nutrisi penting akan membahayakan kesihatan.

  4. Bolehkah makan di luar?

    Makan di luar merupakan trend yang sedang berkembang dalam kalangan masyarakat. Membayangkan tidak ikut makan ketika teman atau keluarga anda asyik makan kerana sedang mengikuti program diet sepertinya sangat menyiksa. Maka, sebaiknya, pilihlah program diet yang fleksibel, tetapi tetap menghadkan pengambilan makanan tertentu.

  5. Bolehkah digabungkan?

    Bila anda peminat jenis makanan tertentu dan tidak boleh tidak makan makanan yang satu itu, padahal makanan itu tidak digalakkan dalam diet anda, tentu akan meresahkan. Di satu kesempatan, hal itu justru akan membuat anda "mencuri" untuk dapat memakannya. Maka, pilihlah diet yang tidak mengikat. Anda tetap boleh makan makanan kegemaran, tetapi tetap sihat. Contohnya jika anda penggemar donat,  mana lebih baik antara sebiji donat dengan kombinasi buah-buahan dan susu skim, dengan tiga biji donat dengan mocca-latte?
Sumber: http://health.kompas.com

Enhanced by Zemanta
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment