Crash Diet

Tidak mengambil sarapan pagi, menghindari karbohidrat atau hanya minum air seharian adalah contoh diet  yang tidak sihat, yang diamalkan oleh mereka yang mengamalkan crash diet, iaitu diet yang mendadak dimana pengambilan kalori harian adalah 1000 kalori atau kurang. Diet seperti ini sekiranya dibiarkan berterusan akan mengakibatkan ketidakseimbangan metabolisme dan sukar untuk turun berat badan pada tempoh masa yang panjang. Sebelum berlarutan, anda dinasihatkan supaya mengubah diet anda agar dapat pulih dari sindrom 'crash diet' ini.

Berikut merupakan beberapa cara untuk anda amalkan sekiranya anda tergolong dalam mereka yang mengamalkan crash diet:
  1. Rancang semula diet anda dan jangan langkau satu hidangan pun dalam sehari. Pastikan anda makan sarapan pagi, tengahari dan malam dalam kadar yang konsisten dan memadai supaya dapat membaiki metabolism yang rosak akibat pemakanan crash diet.
  2. Snek antara hidangan sentiasa berada bersama anda jika anda berasa lapar pastikan agar anda tidak meninggalkan mana-mana hidangan penting dalam sehari.
  3. Makan makanan yang seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur sayuran, karbohidrat yang mencukupi seperti nasi atau roti. Protein juga amat diperlukan bagi melengkapkan makanan yang seimbang. Diet seperti ini lebih rendah kalori dan menyihatkan berbanding makanan ringan yang mudah didapati dan dalam masa yang sama membantu membaiki semula metabolisme badan yang telah hilang/rosak. 
  4. Senaman bukan sahaja penting untuk mengekalkan dan membina otot tetapi turut membantu menaikkan kadar metabolisme anda juga. Latihan rintangan tinggi perlu untuk seseorang itu meningkatkan  metabolisme badan. Lagi banyak berat otot yang anda ada, lagi banyak jumlah kalori akan dibakar pada ketika senaman tersebut.

Sumber: Kevin Zahri


Enhanced by Zemanta
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment