Pisang Baik Untuk Melangsingkan Badan

pisang baik untuk melangsingkan badan
Photo used under Creative Commons from Vrysxy
Jika ada jenis makanan yang nilai kalori dan kadar lemaknya rendah tetapi kandungan serat dan vitaminnya tinggi, tentu hal ini sangat sesuai dijadikan pilihan dalam program pelangsingan. Salah satu makanan yang boleh mewakili semua syarat tersebut adalah pisang.

Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Pisang padat dengan nutrisi, mempunyai rasa yang enak dan boleh dimakan pada bila-bila saja, maupun sebagai pelengkap dalam menu dessert.

Pisang sejak lama dikenal sebagai salah satu makanan semulajadi bernutrisi yang boleh membantu menurunkan berat badan. Pisang mengandungi kadar potasium, magnesium, dan vitamin B6 dalam jumlah tinggi, tetapi jumlah kalorinya rendah.

Menurut data Discovery Health dan US Department of Agriculture s (USDA) National Nutrient Database, rata-rata sebiji pisang dengan panjang 7 hingga 8 inci mengandungi sekitar 105 kalori.

Bila dikaitkan dengan keperluan kalori setiap hari kira-kira 2,000, mengambil beberapa biji pisang dapat memenuhi keperluan beberapa nutrisi dan sebahagian dari kecukupan kalori harian anda.

Seperti kebanyakan buah-buahan lain, pisang tidak mengandungi banyak protein, selain juga sangat rendah kandungan lemaknya. Database USDA melaporkan, sebiji pisang bersaiz besar mempunyai kandungan lemak kurang dari setengah gram.

Dengan perhitungan kira-kira 9 kalori pada setiap satu gram lemak, anda boleh mengambil beberapa biji pisang dalam sehari dan itu tidak akan membuat lemak dalam tubuh anda terkumpul.

Pisang juga sangat kaya akan kandungan serat sehingga anda akan merasa kenyang lebih lama. Alhasil, anda tidak perlu makan terlalu banyak saat santapan berikutnya dan terhindar dari kudapan tidak sihat. Sebiji pisang bersaiz besar mengandungi 4 gram serat. Pisang boleh dipertimbangkan sebagai makanan untuk memenuhi keperluan pengambilan serat harian kira-kira 25 gram.

Indeks glisemik rendah

Di samping mengandungi pelbagai nutrisi  pisang juga mempunyai indeks glisemik rendah yang boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Indeks glisemik adalah peringkat seberapa cepat karbohidrat dari makanan dilepaskan ke dalam tubuh. Makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah akan melepaskan karbohidrat yang lambat ke dalam tubuh.

Rendahnya indeks ini dapat mencegah penurunan atau kenaikan kadar gula darah sebagai isyarat yang berubah-ubah pada tubuh anda. Laman web Glycemic Index Foundations meletakkan pisang pada indeks glisemik 51 - nilai yang rendah di mana angka di atas 70 dipertimbangkan tinggi sedangkan di bawah 55 dikategorikan rendah.

Para pakar menganjurkan, makan pisang secara teratur sebaiknya diperlakukan sebagai salah satu bahagian dari perubahan gaya hidup - termasuk diet sihat, melakukan sukan kardiovakular dan latihan kekuatan untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Mengambil pisang sebaiknya tidak dijadikan sebagai perkara utama, melainkan sebahagian kecil daripada program pelangsingan.

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Post a Comment