Berikut merupakan beberapa cara untuk anda amalkan sekiranya anda tergolong dalam mereka yang mengamalkan crash diet:
- Rancang semula diet anda dan jangan langkau satu hidangan pun dalam sehari. Pastikan anda makan sarapan pagi, tengahari dan malam dalam kadar yang konsisten dan memadai supaya dapat membaiki metabolism yang rosak akibat pemakanan crash diet.
- Snek antara hidangan sentiasa berada bersama anda jika anda berasa lapar pastikan agar anda tidak meninggalkan mana-mana hidangan penting dalam sehari.
- Makan makanan yang seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur sayuran, karbohidrat yang mencukupi seperti nasi atau roti. Protein juga amat diperlukan bagi melengkapkan makanan yang seimbang. Diet seperti ini lebih rendah kalori dan menyihatkan berbanding makanan ringan yang mudah didapati dan dalam masa yang sama membantu membaiki semula metabolisme badan yang telah hilang/rosak.
- Senaman bukan sahaja penting untuk mengekalkan dan membina otot tetapi turut membantu menaikkan kadar metabolisme anda juga. Latihan rintangan tinggi perlu untuk seseorang itu meningkatkan metabolisme badan. Lagi banyak berat otot yang anda ada, lagi banyak jumlah kalori akan dibakar pada ketika senaman tersebut.
Sumber: Kevin Zahri
0 comments:
Post a Comment